[Video]Teknik Baru Yang
digunakan Untuk Mencuri:Geng 'Tetek' Dikenalpasti
Taktik empat gadis
cantik mencuri puluhan produk kecantikan di sebuah butik di Parit Raja di sini,
dengan menyembunyikannya dalam coli dan beg tangan terbongkar selepas pemilik
butik berkenaan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Ia menjadi viral
selepas pemilik butik itu memuat naik rakaman bertarikh 30 November lalu malam
tadi dan meminta pengguna media sosial membantu mengesan tiga gadis itu.
Pemilik Butik Blackcube Rich, Nurul Atiqa Abu Rahim, 26, membuat laporan polis
malam tadi selepas meneliti rakaman CCTV berkenaan dan mendapati gadis cantik
berkenaan mencuri produk kecantikan butiknya. "Kakitangan saya akan
mengira stok barangan di butik setiap hari dan mereka terkejut apabila
mendapati kehilangan produk kecantikan bernilai sehingga RM2,000 pada 30
November lalu.
"Pada hari kejadian saya bercuti dan hanya melihat rakaman
CCTV itu kelmarin. Selepas meneliti semula rakaman, saya dapati empat gadis itu
mencuri puluhan produk kecantikan dengan memasukkannya ke dalam coli serta beg
tangan. "Gadis yang memasukkan produk kecantikan ke dalam colinya sanggup
berulang-alik ke kereta bagi mengeluarkan hasil curi sebelum kembali ke dalam
butik dan mengulangi perbuatan itu.
"Mereka sangat licik kerana
memperdayakan kakitangan butik apabila seorang daripadanya berpura-pura
bertanya mengenai produk, manakala tiga lagi mencuri ketika kakitangan sibuk
melayan pertanyaan," katanya ketika dihubungi BH. Nurul Atiqa berkata,
pihaknya mengesan beberapa suspek menerusi akaun Facebook mereka menerusi
bantuan pengguna laman sosial sebelum menyalurkan maklumat kepada polis, malam
tadi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul
Wahib Musa, mengesahkan kes berkenaan susulan laporan dibuat pemilik butik
berkenaan, malam tadi. "Keempat-empat suspek sudah dikenal pasti dan
siasatan awal mendapati mereka bersaudara," katanya.
Video
Emoticon Emoticon