Sponsored

loading...

Pemuda ini kongsikan 5 pekerjaan yang memberi untung RM1000 SEBULAN yang boleh dilakukan pada hujung minggu dan waktu malam selepas waktu pejabat.

Pemuda ini kongsikan 5 pekerjaan yang memberi untung RM1000 SEBULAN yang boleh dilakukan pada hujung minggu dan waktu malam selepas waktu pejabat.



Memetik dari status Facebook Rafie Ramli yang merupakan usahawan berjaya Directoe kepada Raffelinna Boutique Sdn Bhd dan Raffelinna Construction and Properties Sdn Bhd
telah berkongsi 5 pekerjaan yang boleh dilakukan secara sambilan pada waktu malam atau hujung minggu yang membolehkan mendapatkan keuntungan sekurang-kurangnya RM1000. Dibawah adalah petikan dari status Facebook beliau. 

Anda perlu tahu, rezeki tak datang bergolek. Duit tak datang berkepuk dgn sendirinya.

Dengan izin Allah, usaha itu tangga kejayaan.

Antara kerja yang boleh dibuat : 

1) Gosok Baju
 Ambil upah Gosok Baju jiran tetangga. Teknik marketing nya , laburkan RM 50 untuk buat banner 2-3 keping di kawasan taman perumahan anda. Dan letakkan number telepon. 

Ambil upah sekitar Rm0.20-Rm0.50 setiap malam limitkan kepada 20-30 helai baju. Satu malam anda dapat Rm15-20 . Hujung minggu buat lebih sikit. Sebulan target dapat RM1k bersih. 

2) Upah Cuci Rumah Orang 
kalau kerja anda memang penat setiap hari untuk sambung waktu malam. Buat kerja hujung minggu maksudnya no time for rest and no weekend! Sacrifice.

Marketing yang sama pakai Banner sahaja sekitar taman.

Ambik upah cuci rumah orang. Sekarang ni kalau cuci satu rumah sejam dah RM 30-50. Buat satu hari weekend tu 5 Rumah . Dah dapat RM 250 x 4kali so RM1k sebulan tambahan. 

3) Mencuci kereta Dari Rumah ke Rumah 
. Ambil upah sekitar Rm15-20 mengikut kereta. Cuci luar dalam. 
Marketing Banner sekitar kejiranan juga. 

Sediakan mini vacuum kalau xda pakai dulu penyapu kecil , kos kurangkan . Dah ada duit beli vacuum jangan kedekut. 

Cuci luar dalam dengan harga lebih murah dari kedai luar kerana boleh pakai air dr rumah pelanggan sahaja . 

Buat hujung minggu . Sehari target 10 kereta. Bersamaan Rm200 sehari. Sudah ada sedikit modal upah pekerja tambahan dan besarkan target dan kawasan jajahan. 

Sebulan target utk buat Rm1000.

Marketing strategy yg sama . Banner di kawasan taman. Kos RM50 shj. 

4) Packing Kerepek atau Jeruk. 

Tak perlu buat kerepek sendiri atau jeruk , beli yang dah siap hantar ke sekolah sekolah atau pejabat pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. 

Malam bungkus pek kecik kecik. Besok cuma jadi runner hantar semua. Tak perlu penat memasak atau modal yang besar. 

Marketing dia kena rajin cari kawasan nak letak produk. Ramai peniaga akan okay kalau kita letak dulu produk petang baru collect duit. 

5) Buatkan set Makanan Malam untuk mereka yang penat pulang bekerja. 
Sediakan menu yang sama setiap malam. Dan jadi runner menghantar ke kawasan kejiranan sahaja. 


Bekerja dari Rumah kerumah di waktu cuti memang menyedihkan kerana orang lain berehat kita bekerja. Tapi ini permulaan kejayaan. 

Kenapa saya tulis fokus kawasan kejiranan? Kerana kita sendiri belum kenal jiran kita dan kawasan kecil kita kena mula. 

Kalau kawasan kecil pon kita tak mampu nak jajah. Macamna nak tawan kawasan besar? 

Lama lama bila bisnes dah besar anda boleh upah orang. Nanti orang lain yg akan bekerja bagi pihak anda. Baru besarkan kawasan bisnes. 

Banyak lagi yg boleh buat,
Nasi lemak
Burger
Dropship/agen/pengedar produk
Runner



Emoticon Emoticon