[Video]
Wanita Mengandung Maut Selepas Terkena Tembakan Ketika Di Majlis Perkahwinan
BATHINDA
- INDIA . Seorang wanita mengandung maut selepas terkena tembakan di perut
ketika meraikan perkahwinan, Sabtu lalu.
Laporan
NDTV mengatakan Kulwinder Kaur terkena tembakan yang dilepaskan oleh individu
dikenali Billa ketika menari di atas pentas.
Suami
Kulwinder, Harjinder Singh mendakwa kejadian tersebut bukan disengajakan.
Sementara
itu, pihak berkuasa menganggap kejadian tersebut sebagai 'tidak disengajakan'
sehinggalah siasatan selesai.
"Maklumat
lanjut akan diberikan selepas proses bedah siasat," kata pegawai polis,
Daljit Singh.
Saksi
juga mendakwa kejadian tersebut tidak disengajakan selepas menyaksikan senapang
patah yang digunakan Billa tersekat dan secara tiba-tiba tertembak mangsa.
Mangsa
merupakan ahli kumpulan muzik yang sering membuat persembahan di majlis
perkahwinan.
Sumber:
Sinar Harian
Video
Emoticon Emoticon