Sponsored

loading...

[Video]Rakyat Berhimpun desak Guan Eng Letak Jawatan

[Video]Rakyat Berhimpun desak Guan Eng Letak Jawatan

GEORGETOWN: Lebih 20 individu berkumpul di luar Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini bagi mendesak Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri. Kumpulan yang diketuai Setiausaha Persatuan Mukubuku Pulau Pinang, Muhsin Lateef itu membawa kain rentang yang bertulis 'Guan Eng letak jawatan' dan 'Kami mahu Chow Kon Yeow jadi Ketua Menteri'. Bagaimanapun, situasi adalah terkawal dengan kehadiran beberapa anggota polis di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Himpunan itu diadakan berikutan pengurusan dua kes rasuah Guan Eng di Mahkamah Tinggi, hari ini. Bagaimanapun, Guan Eng dilaporkan tidak hadir kerana berada di Kuala Lumpur atas urusan peribadi.
Video


Emoticon Emoticon