[Global] Bot Yang Dinaiki Pelarian Rohingya Dilaporan Karam dan Berpuluh-puluh Dikhuatiri Hilang
NAYPYIDAW: Berpuluh puluh pelarian Rohingya dikhuatiri hilang apabila
bot yang mereka naiki karam selepas dikejar tentera Myanmar menggunakan bot
laju semalam. Bot dipercayai sarat dengan sekurang-kurangnya 31 pelarian Islam
Rohingya itu dikatakan cuba melarikan diri ke Bangladesh namun karam sebaik
tiba di sempadan sungai Naf, kata agensi berita AFP. Satu sumber Rohingya
memberitahu AFP mengenai penemuan 13 mayat wanita dan kanak-kanak dua
daripadanya dengan kecederaan tembakan, ditemui hanyut di tebing sungai dekat
kampungnya di sebelah Myanmar. Bagaimanapun polis Bangladesh dan pengawal
sempadan tidak dapat mengesahkan insiden ini. Myanmar menafikan tuduhan
berlakunya penderaan dan turut melarang wartawan asing dan penyiasat
persendirian dari masuk ke kawasan itu untuk menyiasat. - Agensi
Sumber:Berita Harian
Sumber:Berita Harian
Emoticon Emoticon