Cara Untuk Mendapatkan Anak Kembar Yang Menjadi Impian Semua Pasangan-PETUA
mesti ramai yang teringin anak kembar yang comel kan. Disini dikongsikan petua
nya.
1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak
kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana
trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang
dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
2. Umur
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar
untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil
rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk
menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut
telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi
peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian
yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi
mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk
menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan
kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang
manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.
7.Selain berkahwin dengan keturunan kembar
sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh
dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman
muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika
anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan
anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan
yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
9. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:
Emoticon Emoticon