Sponsored

loading...

"Saya Bukan Kekasih Fattah Amin"-Pengakuan Tania Hudson


"Saya Bukan Kekasih Fattah Amin"-Pengakuan Tania Hudson 

Hari ini dunia hiburan kecoh sebentar dengan berita keretakan hubungan cinta di
antara Neelofa dan Fattah Amin yang didakwa disebabkan munculnya orang
ketiga

Walaupun masih ramai yang tidak mengetahui status hubungan mereka berdua, nama
Tania Hudson yang juga adik kepada pelakon Natasha Hudson telah dikaitkan
menjadi dalang keretakan hubungan terbabit.

“Saya terkejut apabila hari ini ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan
Fattah Amin. Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah
bergandingan di dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung
antara satu sama lain apatah lagi berjumpa”


“Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika menjalani penggambaran filem
itu, saya tidak terlalu rapat dengannya. Kami ada keluar lepak sama­sama tetapi ketika
penggambaran sahaja. Selepas itu kami buat hal masing­masing,” jelasnya kepada m
Star Online.
Terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan, Tania menjelaskan bahawa dirinya sudah
mengenali jejaka itu sebelum beliau membintangi drama Suri Hati Mr Pilot lagi.
Menegaskan kejadian ini hanya salah faham, Tania bagaimanapun tidak berasa
bersalah dengan dakwaan yang dilemparkan kerana menganggap dirinya tidak
melakukan sebarang kesalahan terhadap pasangan itu.
Terdahulu, Neelofa mendedahkan bahawa terdapat pihak ketiga di dalam
hubungannya bersama Fattah. Hanya memberi bayangan gadis terbabit merupakan
seorang kacukan, Neelofa enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Agak rumit kronologi hubungan mereka ini, namun apapun diharap semuanya dapat
diselesaikan dengan cara yang baik.


Emoticon Emoticon