Kepala Alat Sulit Terpotong Dan Kemungkinan Akan Cacat kekal
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan
pada alat sulitnya seumur hidup setelah kepala di bahagian tersebut terpotong ketika dia
menjalani proses berkhatan menggunakan kaedah laser.
Dalam kejadian pada jam 8 lama pada 20 Disember itu, mangsa, 10, dibawa oleh bapa untuk
berkahatan di sebuah klinik di Cheras.
Bagaimanapun, ketika dia menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa
bahawa kepala kemaluan kanak-kanak itu terpotong secara tidak sengaja.
Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Cheras sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital
Kuala Lumpur.
Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung
Sementara itu, NST melaporkan bahawa klinik yang terlibat dalam kejadian itu sudah
beroperasi selama 15 tahun dan doktor yang terlibat sudah mempunyai pengalaman selama
21 tahun. Doktor berkenaan merupakan lepasan dari Univerisiti Karachi, Pakistan.
NST juga berkata mereka difahamkan bahawa klinik terbabit tidak didaftarkan di bawah
Kementerian Kesihatan.
Doktor tersebut juga turut membuat laporan polis dan mengaku ia adalah satu kemalangan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Othman Nanyan mengesahkan kes terbabit.
Sumber: BH Online, NST
Emoticon Emoticon