Pemuda Ini Kongsi Perbezaan Harga Minyak Di Madagascar Dengan Malaysia
Aku ambek gambar ni sehari selepas kenaikan minyak di Malaysia, stesen minyak Shell yang tak jauh dari kedai bapak mertua aku di ibu kota Madagascar. Macam yang korang nampak, barisan kedua adalah RON 95. Matawang negara ini ialah Ariary, korang boleh cek Google untuk sahkan kadar tukaran yang tepat; jadi untuk satu liter RON 95 di Madagascar berapa?
Ya, RM 5.40 untuk satu liter.
Aku agak segan untuk bercerita tentang negara Madagascar ni, terlalu banyak perkara yang kurang menyenangkan untuk dikongsi di Facebook. Kalau kau tengok peta dunia, negara ni terletak di bahagian Timur kontinen Afrika, dan 1 jam dari Mauritius melalui udara.
Tiap kali menjawab soalan orang, Madagascar, benda pertama yang muncul dalam kepala mereka ialah kartun Hollywood yang bertajuk “Madagascar”.
Korang tahu, negara yang terkenal dengan kartun Madagascar ni, tiada satu pon wayang yang boleh muat beberapa puluh orang untuk menonton kartun yang bertajuk nama negara sendiri. Sedih bukan? Di negara luar, mereka kenal Madagascar kerana kartun tersebut, tapi orang Madagascar sendiri cuma berapa kerat sahaja yang pernah menonton wayang kartun tersebut, mungkin sahaja di Perancis atau negara sebelah Mauritius; tidak ada orang Madagascar yang menonton wayang Madagascar di Madagascar.
Sekarang hujan lebat di luar, 8:32 malam, di sini jam 6:30 petang sudah gelap dan Maghrib, suasana tidak semeriah di Kuala Lumpur, di mana di KL orang masih boleh huha di kedai makan dan tengok game bola sampai ke pagi. Di sini, malamnya bahaya. Si bapak tak berani bonceng anak mereka ketika malam, tidak pada jam 7, tidak pada jam 9, mereka risaukan keselamatan anak mereka.
Rumah kitorang masih tiada air, setiap hari. Bekalan akan terputus untuk beberapa jam, di setiap isi rumah, kecuali untuk orang kaya dan kawasan tinggal orang kerajaan. Kadang sehari 12 jam tiada air, kadang sehari suntuk tiada; ini kawasan ibu kota, di mana kadar sewa rumahnya ialah RM 1400 per bulan, tiada air. Jam 9 nanti mungkin ada air sedikit, kalau tidak, memang kena mandi dengan air botol yang diisi semalam.
Di kawasan ibu kota, terdapat beberapa mall yang bertingkat, tiada bekalan elektrik, engkau akan masuk kedai laptop dengan ada beberapa lilin di atas kaunter, orang dalam kedai akan tersenyum bila kau masuk; tiada yang complaint atau melawan. Di rumah-rumah orang biasa, tiada elektrik dan air setiap hari, tiada yang complaint atau melawan. Aku jadi hairan.
Terdapat banyak persamaan budaya Melayu dengan budaya Malagas, ada beberapa perkataan memang tak jauh beza dengan perkataan Melayu. Mungkin rumpun kita sama, tapi hala tuju orang Malagas agak samar dan malap. Diorang yang berduit akan cuba untuk hijrah keluar ke Perancis atau Canada, tapi ramai yang masih tertinggal di negara sendiri untuk mengemis.
Madagascar dapat kemerdekaan pada tahun 1960-an, tapi seperti yang aku nampak sekarang, diorang masih tidak merdeka sesama sendiri, sikap menjatuhkan bangsa sendiri ada sesama diorang.
Orang kaya yang pakai Range Rover akan naikkan tingkap kereta cepat-cepat bila ada pengemis yang datang rapat, kalau dekat Malaysia, pengemis dan pemintak sedekah akan di-viral-kan di Facebook atau Twitter dan akan dibantu oleh masyarakat.
Kadang aku menulis bukan untuk membandingkan baik buruk sesuatu perkara, tapi cukup untuk pembaca tahu, dunia luar ada yang masih susah dan ada tahap kemiskinan yang kita tak pernah nampak depan mata. Pengalaman aku beberapa minggu di sini mengajar aku bersyukur dan menghargai apa yang aku dapat, di Malaysia aku ambek wuduk dengan kepala paip terbukak, di Madagascar, cukup satu gayung.
Aku sarankan, anak-anak muda kita, keluar lihat dunia yang susah kat luar sana; paling dekat dengan Malaysia ialah negara miskin Cambodia; atau mungkin yang sering ke Indonesia pon dah selalu nampak anak-anak mengemis di tepi jalan, terserah korang. Cuba letak dalam senarai travel korang beberapa negara yang miskin untuk korang jelajah, ada baiknya, ada manfaatnya, mungkin bukan untuk kau sorang, tapi untuk jenerasi kau yang mendatang.
Aku berharap, anak-anak muda kita, teruskan menolak orang lain ke depan. Tulis status panjang pasal Takaful yang mengubah hidup orang lain untuk lebih maju, buat video tutorial cemana nak guna DSLR untuk buat orang lain lebih berilmu, ambek gambar servis motor dekat bengkel supaya orang lain lebih tahu, buat kelas niaga supaya orang lain boleh maju.
Hidup ni bukan sekadar kumpul duit untuk beli RXZ atau Honda Civic bikin, tapi hidup untuk jenerasi korang yang takkan mengemis di tepi jalan, korang kena push masyarakat kita jauh dari kemiskinan, engkorang kena push diorang.
Darah kita muda, semangat kita tebal, jalan terus ke depan, ada halangan, lompatlah, kalau jatuh, bangunlah. Ayuh!
Sumber FB: Mag Malaya