Sponsored

loading...

Farizal Marlias Hero JDT

Farizal Marlias Hero JDT

BANGKOK: Farizal Marlias muncul wira Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Harimau Selatan mencatat kemenangan menerusi penentuan penalti 5-4 ke atas Bangkok United pada Pusingan Kedua Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam ini. 

Kemenangan itu melayakkan JDT untuk mara ke perlawanan playoff bertemu Gamba Osaka di Jepun pada 7 Februari nanti. Ini adalah percubaan ketiga JDT untuk menempah tempat dalam kelompok 24 pasukan terbaik Asia di kancah ACL.

 Pada perlawanan di Stadium Universiti Thamasat itu, permainan masa sebenar berakhir 0-0 dan dilanjutkan ke masa tambahan sebelum berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan penalti.

 JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan di babak kedua masa tambahan apabila gerakan Azamuddin Akil dari sayap kanan berjaya mengumpan penjaga gol Bangkok United, Kittipong Phuthawchueak untuk keluar dari kotak penalti dan umpanan Jeronimo Barrales kemudian ditanduk kemas Safiq Rahim ke arah pintu gawang yang tidak dijaga. 

Bagaimanapun, JDT terpaksa bermain 10 orang selepas Barrales dibuang pada pada minit ke-112 dan peluang itu digunakan oleh tuan rumah untuk melakukan asakan bertali arus. 

Gol penyamaan tuan rumah akhirnya muncul menerusi importnya, Jaycee Okwunwanne seminit sebelum tamat masa tambahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti. 

Pada penentuan penalti, Farizal menyelamatkan dua sepakan penalti bagi memadamkan kegagalan Marcos Antonio melakukan sepakan tepat ke arah gawang.

Sumber Berita Harian


Emoticon Emoticon