Sponsored

loading...

JDT Berdepan tentangan Sengit Dalam Kempen Piala AFC 2017 Akan Datang

JDT Berdepan tentangan Sengit Dalam Kempen Piala AFC 2017 Akan Datang

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan cabaran lebih sengit bagi mengharungi saingan Piala AFC 2017 mengikut format baharu yang diperkenalkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Menerusi akaun rasmi pasukan itu, Johor Southern Tigers, format baharu itu menyaksikan 36 pasukan yang bertanding termasuklah pasukan Harimau Selatan itu akan dibahagikan kepada lima zon. 

Lima zon terbabit adalah Zon Asia Barat, Zon ASEAN, Zon Asia Tengah, Zon Asia Timur dan juga Zon Asia Selatan. Skuad bimbingan Mario Gomez itu berada dalam Zon ASEAN yang turut disertai 12 pasukan lain dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Berdasarkan format baharu itu, juara setiap kumpulan dan satu naib juara kumpulan yang ditentukan berdasarkan pungutan mata akan mengharungi perlawanan separuh akhir peringkat Zon ASEAN. Juara Zon ASEAN pula akan bersaing sama ada dengan juara Zon Asia Tengah, Zon Asia Timur atau Zon Asia Selatan untuk merebut satu tempat ke perlawanan akhir Piala AFC bertemu juara Zon Asia Barat.


Sumber Berita Harian


Emoticon Emoticon