Sponsored

loading...

[Hiburan] Sosial Media Twitter Menyatukan bibik-bibik cinta antara Mia Ahmad dan Izham Tarmizi-TAHNIAH mereka akan berkahwin Tahun Depan

[Hiburan] Sosial Media Twitter Menyatukan bibik-bibik cinta antara Mia Ahmad dan Izham Tarmizi-TAHNIAH mereka akan berkahwin Tahun Depan


Pelakon Mia Ahmad mengumumkan bakal bernikah dengan penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari tahun depan.

Menurut Mia, detik perkenalan mereka bermula apabila Izham mula menguhubunginya menerusi aplikasi laman sosial Twitter.

"Kami diperkenalkan menerusi sahabat kami sewaktu saya menjalani penggambaran di Johor.

"Selepas daripada pertemuan itu, Izham memulakan langkahnya untuk mengenali saya.

"Dia sering menghubungi saya menerusi Twitter, pada mula saya tidak memberi sebarang respon kepadanya.

"Namun melihat kepada kesungguhannya untuk berkenalan maka saya terimanya sebagai rakan.

"Dari situlah bermulanya detik perkenalan kami, kenal dalam setahun dan beberapa bulan kemudian kami menjadi rapat," katanya ketika ditemui pada Sidang Media Pengumuman Perkahwinannya bertempat di Flora Terrace, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mengulas mengenai majlis perkahwinannya, Mia memberitahu sebanyak 80 peratus persiapan telah dilakukan.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan persiapan pun hampir siap.

"Tinggal beberapa minggu saja lagi kami bakal berkahwin, doakan semoga segalanya dipermudahkan," jelasnya.

Majlis akad nikah Mia Ahmad, 28, dan bakal suaminya Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, akan diadakan di Villa Sentosa, Taiping, Perak pada 13 Januari.

Majlis resepsi sebelah perempuan diadakan pada 14 Januari bertempat di Taiping Golf & Country Club, Perak.

Manakala sebelah lelaki di Marang, Terengganu dijangka akan diadakan pada Mac depan.

Satu majlis resepsi untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan akan diadakan di Kuala Lumpur pada hujung Januari.

Bagaimanapun tarikh masih lagi belum ditentukan berikutan kerana jadual kerja Izham yang agak padat.

Terdahulu, Izham telah menghantar rombongan merisik kira-kira dua minggu lalu yang hanya melibatkan keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Sumber: Astro Gempak


Emoticon Emoticon